Friday, July 21, 2006

HARGA SEBUAH PERSAHABATAN




Pepatah melayu ada mengatakan "Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat", dan "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh".

Aku merasakan pepatah ini amat sesuai dengan persahabatan yang kami semua ini perjuangkan selama ini.

Ini merupakan sahabat aku yang bersama dalam perjuangan kehidupan yang kami lalui.

Jatuh bangun kami bersama.

Perhubungan kami ini seolah-olah dicubit peha kiri kanannya terasa dan begitulah sebaliknya.

Semasa perjumpaan kumpulan, disitulah kami mengeluarkan segala pandangan dan pengalaman masing-masing bagi meningkat segala kekurangan serta membuangkan kelebihan yang tidak diperlukan.

Bagi aku, aku amat menghargainya persahabatan ini.

Satu perkara yang aku amat menghargai sahabat aku ini, mereka tidak pernah mengeluh dengan apa saja pertolongan yang aku pinta.

Pernah pada satu masa bapak aku jatuh sakit mereka inilah yang membantu emak aku yang membawakan bapa aku ke hospital.

Pada masa tersebut aku sedang dalam pengajian semester tiga di Universiti Putra Malaysia, hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu dimana mahu memikirkan soal pelajaran.

Alhamdulillah kesemua sahabat aku ini telah muncul membantu.

Dzofeer, Jan, Shafarin, Mus dan Taufik terima kasih berbanyak aku ucapkan pada kalian hanya kalimat keramat itu yang mampu aku luahkan jika dibandingkan dengan budi, jasa dan pengorbanan tersebut.

Dengan bantuan kalian itu, hati aku kembali tenang dan tenteram.

Hal ini membuatkan semangat aku kembali bagi menempuh alam pengajian.

Bersyukur aku di akhir semester aku berjaya menempuh peperiksaan, perkara yang paling tidak digemari oleh semua insan yang bergelar mahasiswa.

Kemuncaknya aku berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi diri ini.
Kini Dzofeer, Mus dan Taufik telah kembali menyambung pelajaran ke institut pengajian tinggi
manakala Jan dan Shafarin telah pergi menempuh alam pekerjaan, so whatever you all do it, yang penting jangan menjerat diri sendiri dan GOOD LUCK from me your friends...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home